situasi

Tuesday, March 13, 2012

melihat mudah, buat belum tentu anda mahu.

sekarang tiba masanya untuk mengundurkan diri daripada apa yang telah dilalui selama ini, terlalu panjang rasanya duri yang menusuk. melihat tidak semudah melakukan.


saudara yang dihormati, kegagalan yang kita terima ini merupakan suatu pengalaman, pengalaman yang luar biasa. yang pasti kegagalan itu berpunca dari diri hamba sendiri. gagalnya hamba untuk mencetus keharmonian, gagal dalam menyatu padukan kalian, gagal dengan masa, gagal untuk melakukan dan menjadi yang terbaik. banyak yang perlu hamba pelajari untuk menerajui lagi.



mungkin saudara tidak tahu bertapa tingginya harapan hamba terhadap saudara sekalian. pernah hamba berkata "we don't know unless we do ", yang mengajak saudara-saudari untuk menghadiri majlis ilmu yang saudara sendiri tidak tahu apa objektifnya. kita tidak akan tahu sampailah kita melakukannya. jika baik, maka hadirilah dengan penuh rendah diri. jika buruk, maka tinggalkanlah semoga kita terhindar daripada keburukannya. hamba sedar bahawa jiwa setiap manusia itu ada suatu sifat, sifat memberontak.


hamba pernah dipimpin dibawah seorang pemimpin yang keras dan kurang toleransi. hamba berazam bahawa jika hamba berada ditempatnya hamba akan menjadi pemimpin yang bertolak-ansur dan tidak bersifat diktator. tidak lama selepas itu, hamba menggantikannya . hamba berkata pada kalian "saya fleksibel, saya tidak akan mengarah seperti itu (pemimpin sebelumnya)". tapi apa yang terjadi?

No comments:

Post a Comment